Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar paip air

TAWAU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas dan merempuh paip air dalam kemalangan di Jalan Ranggu, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 42 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai memandu dari arah Kampung Cina Ranggu menuju ke kediamannya di Taman Perwira pada pukul 12.15 pagi sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh paip air di bahu kanan jalan.

“Mayat mangsa akan dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Jasmin, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran