Pas jangan sibuk, biar Zahid buat kerja untuk negara – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menempelak Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya tidak sibuk hal ‘rumah tangga’ UMNO sebaliknya menumpukan urusan parti sendiri.

Kata Tengku Adnan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tahu apa yang nak dilakukan dan ahli-ahli UMNO juga tahu apa yang pemimpin parti sendiri patut buat.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu juga mengingatkan Pas supaya tidak melabel parti lain dengan gelaran yang tidak sopan.

“Untuk Pas, lebih baik untuk mereka menilai kepimpinannya, jangan gunakan politik kepartian dan melabel parti lain syurga neraka atau dengan macam-macam gelaran termasuk dajal sekalipun.

“Cukup-cukuplah Pas… jangan sibuk dengan ‘rumah tangga’ orang… jangan nak memberi cadangan kepada UMNO kerana sewajarnya lebih baik jika menjaga ‘rumah tangga’ sendiri.

“Lebih baik memberikan nasihat untuk partinya daripada nak suruh itu ini kepada pemimpin UMNO,” bidas Tengku Adnan sebagai respons kepada kenyataan Tuan Ibrahim yang berkata Presiden UMNO itu perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Tengku Adnan malah mengingatkan pembangkang agar membiarkan Zahid menjalankan tugasnya kepada negara.

“Kita berpolitik biarlah berintegriti. Sekarang masa bekerja jadi biarkan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara.

“Sementara Pas janganlah lebih sudu daripada kuah pula.

“Apabila Zahid berkata sedia disiasat maka jangan pula nak menangguk di air keruh, nak jadi hero bersuara sedangkan apa yang dibayangkan sebenarnya adalah atas lunas undang-undang kerana negara ini mempunyai keluhuran Perlembagaan.

“Nasihat saya untuk Pas… cukup-cukuplah bersandiwara politik. Jujurlah dengan diri sendiri dan gunakanlah nasihat yang baik-baik itu untuk anggota partinya kerana dalam Pas pun ada juga pemimpinnya yang sedang disiasat dan berdepan pendakwaan di mahkamah.

“Sebenarnya sebelum mengata orang baik cermin diri sendiri… daripada minta Zahid yang bercuti mengapa tak suruh MB Perlis dan MB Kedah sahaja yang berbuat demikian?

“Jadi cukup-cukuplah Pas,” seru Tengku Adnan.

Sebelum itu, Tuan Ibrahim berpendapat, Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau yang mengalu-alukan sikap terbuka Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James