KUCHING – Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) mahu belajar kaedah pertanian dari Thailand.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak boleh menggunakan kaedah pertanian dari Thailand memandangkan iklim di kedua-dua negara hampir sama.
“Thailand sememangnya terkenal dengan industri makanannya yang sangat maju,” kata beliau.
Selain itu, ujar beliau, Thailand juga mempunyai teknologi keseluruhan rantaian bekalan makanan yang sangat maju.
“Thailand juga mempunyai rangkaian pasaran di seluruh dunia yang dapat membantu petani mereka menjual produk mereka,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian kepada media sebelum mengetuai rombongan BDDA melawat Wilayah Ratchaburi, Thailand.
Sementara itu, Douglas merangkap Pengerusi BDDA berkata pemasaran sangat penting dalam membantu petani meningkatkan pendapatan mereka.
“Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan yang baik kepada BDDA,” ujar beliau.
Beliau juga berharap hasil program ini dapat membantu petani di Betong memberi idea komersial produl mereka ke luar negara.




