Papan iklan tumbang: Melaka terbuka, sedia disiasat SPRM

MELAKA – Kerajaan Melaka bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu papan iklan tumbang di Bachang dan Banda Hilir di sini minggu lalu yang didapati tidak mempunyai lesen dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia selepas perkara itu cuba dipolemikkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohd Yadzil Yaakub.

Ketua pembangkang itu dilaporkan akan membuat laporan berhubung isu papan iklan berkenaan di Pejabat SPRM negeri di Alai hari ini.

“Kalau mereka rasa ada sesuatu kesalahan yang mereka nak laporkan, kita serah kepada mereka yang terlibat kerana itu adalah hak masing-masing.

“Kita semua sedia maklum pihak yang buat laporan SPRM, itu hak mereka tapi mereka juga perlu ingat mereka pernah berada di dalam kerajaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua papan iklan yang tumbang dalam kejadian angin kuat awal pagi 14 Julai lalu didapati tidak mempunyai lesen dikeluarkan PBT.

Perkara itu dimaklumkan Rais sambil meminta kesemua empat PBT memantau dan memeriksa semua papan iklan di negeri itu bagi memastikan ia berlesen dan pemasangannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya sudah arahkan semua jabatan dan agensi terlibat supaya ambil tindakan dan melakukan siasatan sewajarnya dan memastikan kejadian begini tidak akan berulang,” katanya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis