PAP kekal majoriti dua pertiga

SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Han Kok Juan bagi setiap bahagian pilihan raya dan disiarkan secara langsung di televisyen.

Keputusan turut boleh diakses menerusi laman sesawang Jabatan Pilihan Raya (ELD).

PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.

Lima kerusi dimenangi tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade-Braddell Heights pada hari penamaan calon.

Kemenangan bergaya ini mencerminkan mandat kukuh kepada Perdana Menteri sementara merangkap Setiausaha Agung PAP, Lawrence Wong, yang mengetuai parti itu dalam pilihan raya umum buat kali pertama.

Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Wong berkata, beliau merasa terharu dan berterima kasih atas mandat diberikan, serta berjanji akan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira siapa yang mereka undi, dengan rasa penuh rendah hati dan tanggungjawab.

Beliau berkata, keputusan ini akan meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi ketidaktentuan dunia, terutamanya apabila semua anggota utama pasukannya turut berjaya dipilih.

“Ia satu isyarat jelas tentang kepercayaan, kestabilan dan keyakinan terhadap kerajaan anda.

“Tugas utama saya sekarang ialah membentuk Kabinet. Saya akan umumkan senarai Kabinet apabila sudah bersedia,” katanya.

PAP bertanding di kesemua 33 bahagian pilihan raya, merangkumi 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan 18 GRC.

Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan 61.2 peratus undi.

PRU2025 merupakan pilihan raya umum ke-19 di Singapura dan yang ke-14 sejak negara itu merdeka pada 1965.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi