Hiburan berinformasi JAPEN bantu masyarakat dapat maklumat, faham isu semasa

TAWAU – Pendekatan kreatif program Pentarama X Info on Wheels anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah dilihat dapat membantu masyarakat mendapatkan sebarang maklumat dan memahami isu-isu semasa.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, program itu bukan sekadar hiburan semata-mata sebaliknya turut menyelitkan elemen pendidikan.

“Di samping berhibur pengunjung yang membeli belah di Pasar Malam Chester ini dapat mendengar maklumat yang dikongsi oleh JAPEN Sabah.

“Ini satu pendekatan menarik bukan senang untuk kita kongsi maklumat informasi pada org awam dalam keadaan santai dan terbuka,” katanya kepada media semasa ditemui pada program Pentarama X IOW di Pasar malam Chester, pada Sabtu.

Program yang berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung itu juga diisi dengan perkongsian maklumat bermanfaat seperti penjagaan kebersihan bandar daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Seorang pengunjung, Yuna, 19, berpendapat pendekatan JAPEN sangat efektif dalam memastikan penduduk menerima maklumat yang tepat dan jelas.

“Kita bukan hanya datang untuk dengar nyanyian semata-mata, tapi seperti tadi, ada juga perkongsian mengenai isu ‘scammer’ yang kini semakin berleluasa.

“Daripada perkongsian itu, kita dapat faham betapa bahayanya penipuan seperti ini dan akan lebih berhati-hati selepas ini, terutama sekali dalam menjaga maklumat peribadi agar tidak dikongsi sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Related Posts

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

KOTA KINABALU – Perancangan jangka pendek bagi menangani masalah bekalan air tidak stabil di Taman Ujana Kingfisher akan dilaksanakan segera, termasuk penghantaran lori tangki bagi mengisi tangki imbangan (balancing tank)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

KUCHING – Ancaman pasaran gelap di Sarawak kini tidak lagi terhad kepada rokok tradisional, malah penyeludupan dan penjualan e-rokok atau vape haram muncul sebagai krisis baharu yang amat membimbangkan.  Perkara ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig