Paling tertinggi dalam sejarah, KPM terima dana RM64.1 bilion

KERAJAAN Madani mencipta sejarah apabila memperuntukkan RM64.1 bilion, ketimbang RM58.7 bilion tahun ini kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

Jelasnya, RM1 bilion pula dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

“Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas Orang Kurang Upaya (OKU).

“RM1 bilion pula untuk kegunaan bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak selain, sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan

“Keutamaan saya kekal memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu,” katnaya ketika berucap pada pembentangan Belanjawan 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

“Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat.

“Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan musolla dengan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy