Pakej P-Hailing Rahmah ditambah baik

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik bagi memastikan ia memberi manfaat kepada pekerja, terutama dalam menyediakan perkhidmatan Internet murah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan mendapatkan analisis dari syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Beliau berkata, ini kerana sebelum ini perbincangan hanya membabitkan syarikat telekomunikasi (telco) dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.

“Kadang-kadang maklumat tidak sampai kepada riders. Itu yang saya dapati. Jadi ke hadapan mungkin kita akan kaji semula pelaksanaan seperti itu kerana tidak ada manfaat yang penuh kepada riders.

“Hasrat kami bukan untuk bantu syarikat, tetapi untuk bantu riders, jadi saya akan minta sedikit post-mortem berapa ramai yang terlibat… saya akan minta pihak kementerian untuk susun,” katanya selepas program di Lembah Pantai, hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau akan meneliti cadangan penghantar yang meminta hentian rehat sebagai kemudahan mereka berehat dan solat yang dibangkitkan pada sesi soal jawab program berkenaan.

“Memang kalau kita lihat, waktu pandemik dulu kita anggap riders sebagai di barisan hadapan, mereka yang bantu untuk hantar pakej-pakej makanan dan sebagainya.

“Sekarang bila kita telah kembali seperti sedia kala, kita perlu teliti isu-isu kebajikan (mereka) dan memang tidak boleh nafikan kemudahan asas seperti ini wajar, jadi mungkin saya akan cuba teliti apa yang boleh kita lakukan di Parlimen Lembah Pantai,” katanya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen