Pahang umum insentif RM6,000 untuk pemenang pingat emas SUKMA

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan insentif RM6,000 bagi setiap pemenang pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Sarawak.

Jumlah itu meningkat daripada RM4,000 sebelum ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah insentif itu diputuskan dalam mesyuarat exco yang berlangsung semalam.

“Melalui insentif ini, setiap pemenang pingat emas atlet individu akan menerima insentif RM6,000, berbanding RM4,000 sebelum ini.

“Manakala, setiap pemenang pingat emas atlet berkumpulan akan menerima insentif RM2,000 setiap seorang, berbanding RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, peningkatan kadar insentif ini adalah sebagai menghargai komitmen dan usaha gigih para atlet yang telah bersungguh-sungguh berlatih dan berkorban untuk meningkatkan imej Negeri Pahang dan memajukan bidang sukan di negeri ini.

“Saya berharap para atlet SUKMA Pahang dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam mengharungi saingan SUKMA Ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini dengan penuh keazaman dan kecekalan terutamanya dalam memburu pingat emas,” katanya.

Related Posts

Alonso dipecat, Arbeloa jadi jurulatih baharu Real Madrid

REAL Madrid mengumumkan pengendalinya, Xabi Alonso ‘meninggalkan’ kelab gergasi Sepanyol itu menerusi persetujuan bersama, dengan bekas pemain mereka, Alvaro Arbeloa, dilantik sebagai pengganti. Keputusan itu dibuat sehari selepas Real tewas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Carrick mungkin dipilih pengendali Manchester United

MICHAEL Carrick kini berada di ‘petak depan’ untuk dinamakan sebagai pengurus sementara Manchester United hingga penghujung musim, menurut laporan media. BBC dan Sky Sports dilaporkan berkata, perbincangan antara pengendali berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti