Pahang sumbang nilai jualan pertanian berjumlah RM25.12 bilion

KUANTAN – Pahang muncul penyumbang kedua terbesar nilai jualan pertanian di negara ini dengan jumlah keseluruhan RM25.12 bilion pada 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, subsektor tanaman menjadi penyumbang utama dengan nilai jualan RM22.11 bilion atau 88 peratus.

Katanya, subsektor ternakan menyumbang RM1.21 bilion (4.8 peratus), subsektor perikanan RM0.91 bilion (3.6 peratus), subsektor perhutanan dan pembalakan RM0.56 bilion (2.2 peratus) dan subsektor akuakultur menyumbang RM0.33 bilion (1.3 peratus).

“Cameron Highlands kekal peneraju dalam pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia dengan nilai jualan RM3.60 bilion.

“Pahang juga pengeluar utama kelapa sawit di Semenanjung Malaysia dengan nilai jualan RM14.18 bilion dengan daerah Rompin, Pekan dan Bera mendominasi sumbangan jualan itu,” katanya selepas Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Pahang di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 berkata, Pahang turut mengungguli pengeluaran kenaf nasional dengan nilai jualan RM2.35 juta selain pengeluar nanas ketiga terbesar dalam negara dengan nilai jualan RM173.30 juta.

“Dalam subsektor buah-buahan, Pahang turut mencatat nilai jualan kedua tertinggi nasional iaitu RM2.65 bilion didorong tanaman utama seperti durian (RM2.42 bilion) khususnya dari Raub, tembikai (RM51.98 juta), pisang (RM80.73 juta), nangka (RM20.35 juta) dan betik (RM9.01 juta).

“Bagi subsektor ternakan, Pahang mencatat prestasi membanggakan sebagai pengeluar susu segar terbesar di Malaysia, berjumlah 9.05 juta liter dengan nilai jualan RM47.25 juta.

“Dapatan ini mengukuhkan lagi peranan strategik Pahang sebagai negeri tonggak dalam ekosistem pertanian negara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Soffi memaklumkan, kerajaan Pahang akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dengan fokus kepada tanaman dan aktiviti penternakan bernilai tinggi.

Katanya, pembabitan kerajaan negeri dalam penternakan lembu Wagyu di Raub bakal mencetuskan ekonomi baharu yang menjana perolehan lumayan kepada peserta dan Kerajaan Negeri Pahang.

Related Posts

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula