Air naik harga, peniaga menjerit, PN Perlis prihatin?

KANGAR – Kenaikan tarif air di Perlis terus mengundang kebimbangan pelbagai pihak, khususnya dalam kalangan pengusaha kecil seperti kedai cuci kereta, dobi dan warung makan yang bergantung penuh kepada bekalan air dalam operasi harian mereka.

Tinjauan terhadap beberapa peniaga di negeri sekitar negeri mendapati perniagaan yang banyak menggunakan keperluan asas itu paling terkesan dengan kenaikan tarif air negeri.

Pengusaha kedai cuci kereta di pinggir Kangar, Adib Fisol, 36, berkata, keputusan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air secara mendadak memberi kesan langsung kepada kos operasi perniagaannya.

“Air adalah sumber utama dalam industri kami. Bila tarif naik, kos cucian bagi setiap kenderaan juga meningkat tapi kami tak boleh naikkan harga sesuka hati sebab pelanggan akan lari ke tempat lain, terutama cuci kereta automatik yang lebih murah,” katanya.

Menurutnya, selain kenaikan harga, kualiti bekalan air juga menimbulkan masalah apabila sering berlaku gangguan tanpa notis dan tekanan air yang sangat rendah, menyukarkan kerja harian.

Seorang lagi pengusaha kecil, Abd Madi Ahmad, 47, yang menjalankan perniagaan dobi manual turut menyuarakan perkara sama apabila menyatakan bahawa air adalah medium utama yang menentukan kelangsungan bisnes cucian pakaian.

“Kalau tarif naik, kami mungkin terpaksa naikkan harga cuci baju. Tapi risiko pelanggan beralih kepada dobi layan diri sangat tinggi. Bisnes kami boleh mati perlahan-lahan.

“Malah mungkin kos inap desa juga naik kerana kos cucian alas tidur dan tuala juga meningkat. Ia beri kesan kepada berangkai kepada industri pelancongan Perlis yang sedang meningkat,” katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, suara pengusaha kecil seperti mereka langsung tidak didengar oleh Kerajaan Negeri sebelum membuat keputusan drastik.

“Sekurang-kurangnya tanya dulu pandangan kami. Jangan asyik tekan pengusaha kecil. Isu parkir berpalang pun tak selesai, sekarang naik pula tarif air,” ujarnya.

Bagi Hatijah Che Kassim, 56, yang mengusahakan sebuah warung makan di Kuala Perlis, kenaikan tarif air bukan sahaja membebankan dirinya sebagai peniaga, malah bakal mendorong kenaikan kos makanan yang perlu ditanggung pelanggan.

“Kami guna air bukan untuk suka-suka. Nak masak, bancuh air, cuci pinggan, basuh dapur, semua perlukan air. Kalau tarif naik, harga makanan pun mungkin naik. Tapi bila naik, pelanggan pula tak datang,” katanya.

Ketiga-tiga pengusaha berkenaan berharap agar kerajaan negeri Perlis di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) tidak mengetepikan nasib peniaga kecil yang kini tertekan dengan pelbagai perubahan dasar tanpa libat urus.

Antara cadangan yang disuarakan ialah pengecualian kadar kenaikan tarif bagi pengusaha kecil seperti warung makan dan dobi manual, serta penambahbaikan segera kepada mutu perkhidmatan air termasuk tekanan dan kestabilan bekalan.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah