Pahang sedia RM2.5 juta untuk buku rujukan SPM, STPM, STAM percuma

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM2.5 juta bagi menyediakan buku rujukan dan latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tahun ini.

Bantuan itu memberi manfaat kepada seramai 23,784 pelajar di seluruh negeri ini, sekali gus membolehkan mereka membuat persediaan lebih baik tanpa terbeban dengan masalah kos membeli bahan rujukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif dinamakan Inisiatif Makmur itu membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekurangan sumber pembelajaran.

“Kita tidak mahu ada anak Pahang yang hilang keyakinan diri atau gagal mencapai keputusan cemerlang hanya kerana tidak mempunyai buku rujukan lengkap.

“Dengan adanya inisiatif ini, peluang setiap pelajar kini lebih sama rata,” katanya ketika melancarkan program itu di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH), dekat Pekan, hari ini.

Beliau berkata, buku itu disediakan sekumpulan guru cemerlang serta pemeriksa peperiksaan berpengalaman supaya kualitinya menepati format sebenar peperiksaan.

“Buat permulaan, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebelum diperluaskan ke mata pelajaran lain pada masa akan datang,” jelasnya.

Wan Rosdy berkata, usaha itu selaras dengan aspirasi Pahang 1st yang meletakkan pendidikan sebagai teras pembangunan insan dan kemajuan negeri.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM