Pahang negeri pertama laksana inisiatif GQAFA asrama

KUANTAN – Agenda pendidikan Islam terus diperkukuh oleh Kerajaan Pahang dengan memperkenalkan jawatan khusus bagi guru al-Quran dan Fardu Ain (GQAFA) asrama.

Langkah ini juga menjadikan Pahang sebagai negeri pertama di Malaysia melaksanakan inisiatif berkenaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perkara itu adalah antara teras yang diberi penekanan dalam gagasan Aspirasi Pahang 1st.

“Elemen Pahang 1st diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk GQAFA ini adalah bertujuan membantu pelajar di asrama mendalami bacaan al-Quran, selain pemahaman terhadap fardu ain,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Peningkatan Profesionalisme GQAFA Pahang.

Seramai 325 orang guru dilantik di seluruh negeri bagi tujuan itu dan mereka diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang bagi menjamin kualiti penyampaian dan silibus yang seragam di semua asrama terlibat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Dalam pada itu, Ahmad Irshadi memaklumkan kepada The Malaysia Press, usaha kerajaan Pahang bagi memartabatkan syiar Islam sentiasa konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.

“Pelbagai langkah dan inisiatif dibawa oleh Datuk Seri Diraja (Wan Rosdy) dalam melonjakkan kebajikan dan profesionalisme dalam kalangan agamawan di Pahang.

“Seperti dibentangkan dalam Belanjawan Pahang 2026, banyak peruntukan disediakan kepada kumpulan ini bagi meningkatkan lagi imej mereka,” katanya.

Antara insentif disediakan kepada GQAFA adalah peningkatan elaun daripada RM900 kepada RM1,000 selain sumbangan kerajaan Pahang kepada persatuan GQAFA sebanyak RM114,000 bagi tujuan kebajikan ahli.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menambah insentif RM100 kepada guru GQAFA menjadikan mereka memperoleh RM1,100 sebulan.

“Para guru ini juga menerima bantuan khas lain daripada kerajaan Pahang, setara dengan golongan agamawan lain di negeri ini,” jelas Ahmad Irshadi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM