Pagar ditutup jam 10 malam, operasi balai polis diteruskan seperti biasa

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memberitahu walaupun balai polis seluruh negara diarahkan menutup pintu pagar pada jam 10 malam, namun perkhidmatan polis akan diteruskan seperti biasa.

Orang ramai masih boleh datang membuat laporan seperti sebelumnya. Bagaimana pun, prosedur operasi standard (SOP) untuk arahan ini hanya akan diberikan kepada semua balai polis setelah ia dibentangkan kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Azmi Kassim.

“Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, kita harus mengimbangi peranan balai sebagai tempat orang ramai membuat laporan dan pada masa sama balai juga menjadi sasaran ancaman, jadi kita mengimbangi kedua-dua keperluan,” kata Razarudin.

Buat masa ini, pelaksanaan penutupan pintu pagar balai polis pada jam 10 malam ini hanya melibatkan balai polis di kawasan luar bandar, lapor The Malaysia Insight.

Pada Selasa, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution memberitahu Parlimen semua balai polis di seluruh negara akan ditutup mulai 10 malam sebagai langkah keselamatan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu.

Dalam insiden berdarah itu, dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar (22) dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (24) terbunuh, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan (38) cedera akibat terkena dua tembakan.

“Dari segi situasi logistik di setiap balai sama ada lampu, pagar dan sebagainya, kita keluarkan arahan untuk memberi maklumat segera dan ia akan melalui proses untuk kita perbaiki,” kata Saifuddin.

Selain itu, polis juga telah diarahkan untuk meneliti semula dan mengetatkan prosedur operasi standard mereka di semua balai termasuk kekerapan rondaan.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan