Kerajaan masih tampung RM10 bilion subsidi diesel setahun

KUALA LUMPUR – Walaupun telah melaksanakan subsidi bahan api bersasar dan merasionalisasikan subsidi bahan api, kerajaan masih menanggung keperluan subsidi diesel sebanyak RM10 bilion setahun, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Jumlah subsidi itu termasuk RM4 bilion setahun bagi pengguna yang masih kekal menikmati harga diesel yang rendah iaitu pada kadar RM1.88 seliter kepada 10 jenis kenderaan di bawah sektor pengangkutan awam dan RM2.15 seliter untuk 23 jenis kegunaan kenderaan diesel sektor logistik.

Peruntukan bagi pengguna diesel di Sabah dan Sarawak yang masih menikmati harga diesel RM2.15 seliter ialah sejumlah RM3.3 bilion. Nelayan A, B dan C pula menerima subsidi diesel dengan jumlah keseluruhan RM1.2 bilion. Selebihnya ialah bantuan tunai RM1.8 bilion yang disalurkan menerusi Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi.

“Ini bermakna, kerajaan masih menampung RM10 bilion subsidi diesel setahun berbanding RM14 bilion pada 2023 dan pelaksanaan penyasaran subsidi ini memberikan penjimatan perbelanjaan mengurus sebanyak RM4 bilion setahun,” kata MoF dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-PASIR MAS) sebelum itu meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah hasil penjimatan yang dijangka akan diterima oleh kerajaan selepas merasionalisasikan subsidi bahan api dan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar.

Related Posts

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya bagi mendapatkan perintah supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

PUTRAJAYA – Isu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana sumbangan awam kini mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan keyakinan untuk menunaikan zakat melalui saluran tertentu. Pendedahan kes berprofil tinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah