Padawan Raft Safari bukti usaha lindung alam sekitar, pupuk ikatan komuniti

KUCHING – Bermula pada hari ni sehingga 20 September 2024, penyertaan bagi acara tahunan “Padawan Raft Safari 2024” telah dibuka kepada orang awam.

Menariknya tahun ini, Kategori Terbuka Wanita akan dijalankan di lokasi baharu iaitu di Kampung Semendang, Padawan.

Acara tahunan yang di anjur oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) ini juga akan bekerjasama dengan pihak pengurusan Grit Management buat kali keempat.

Turut bersama memberi sokongan adalah Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak yang mana acara ini akan turut dirasmikan oleh YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sebanyak 150 penyertaan yang akan dibuka bagi empat kategori yang dipertandingkan iaitu

  1. Kategori Kayak sejauh 40 kilometer di Kampung Annah Rais bermula pada jam 7.30 pagi.
  2. Kategori Terbuka sejauh 32 kilometer di Kampung Tamurang bermula pada jam 8.30 pagi.
  3. Kategori Agensi Kerajaan, Hotel Tour & NGO sejauh 22km bermula pada jam 9.30 pagi.
  4. Kategori Terbuka Wanita sejauh 15km di Kampung Semedang bermula pada jam 10.30 pagi.

Penyertaan daripada peserta tempatan mahupun luar negara amatlah dialu-alukan oleh pihak penganjur. Jumlah keseluruhan bagi wang hadiah serta trofi adalah sebanyak RM 19,000.00.

Kemudahan seperti pengangkutan juga akan disediakan oleh pihak penganjur dari Kampung Bawang sehingga ke garisan penamat di Kampung Git bagi menggelak berlakunya kesesakan lalu lintas. Manakala bagi reka bentuk panjang dan saiz rakit juga telah diperbaharui ke saiz yang lebih mampan iaitu sebesar 3.5 kaki lebar x 28 kaki panjang, iaitu 10 kali lebih lebar dan ½ kaki lebih panjang berbanding dengan ukuran rakit tahun sebelumnya.

Keutamaan acara bagi tahun ini adalah selari dengan inisiatif Sarawak Delta Geopark yang sentiasa menekankan komitmen terhadap penyelarasan kelestarian United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG).

“Padawan Raft Safari 2024 ini bukan sahaja acara tahunan yang biasa dilakukan, malahan ia adalah bukti kepada usaha untuk mempromosikan bidang perlancongan, memupuk ikatan komuniti serta melindungi alam sekitar. Acara ini akan menjadi satu acara yang menarik serta akan memberi impak pada tahun ini”, kata Kaunselor Andrew Victor Nub mengakhiri program perasmian acara tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara ini, segala informasi boleh didapati daripada laman sesawang www.padawanraft.com.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM