Padah sembunyi minyak masak peket, KPDN Perak sita 303kg dengan nilai anggaran RM757.50

TAIPING – Padah menjual mahal serta menyembunyikan minyak masak peket bersubsidi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sejumlah 303 kilogram (kg) dengan anggaran rampasan bernilai RM757.50.

Serbuan Ops Samar oleh KPDN Cawangan Taiping dilakukan ke atas sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, di sini, pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat dan aduan orang awam yang mendakwa pemilik premis berkenaan menjual minyak masak peket 1kg bersubsidi dengan harga mahal.

Jelasnya, barang itu sepatutnya dijual pada harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50 namun dia menjual dengan harga RM2.80 iaitu lebih 30 sen.

“Taktik menyembunyikan minyak masak peket itu terbongkar apabila pasukan kita menyerbu premis itu sekitar jam 1 tengah hari pada Isnin.

“Satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasil mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket 1kg telah habis dijual.

“Curiga dengan jawapan itu, satu pemeriksaan lanjut dilakukan oleh sepasukan pegawai serta penguat kuasa beruniform dan telah menemui sebanyak 303kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.

“Manakala sebahagiannya ditemui di dalam kaunter bayaran premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujar beliau, selain menyita kesemua 303kg minyak, pihaknya turut menyita beberapa dokumen berkaitan kerana disyaki secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan,” ujarnya tegas.

Related Posts

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

KANGAR – Kegiatan seorang pembantu kedai dipercayai mengutip dan menjual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar selepas dia ditahan dalam Ops Tiris 4.0 di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penternakan babi di Selangor hanya di kawasan sesuai, jauh dari penempatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan menetapkan sebarang pembangunan penternakan babi di Selangor hanya boleh dipertimbangkan di kawasan baharu yang terletak jauh daripada penempatan penduduk serta sumber air kritikal, bagi memastikan isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan