P Diddy dituduh eksploitasi perdagangan seks

SELEBRITI terkenal, Sean John Combs atau dikenali sebagai P Diddy mencetuskan kekecohan dalam industri muzik Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan, P Diddy ditahan oleh pihak berkuasa di New York pada 16 September lalu atas tuduhan pemerdagangan seks.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut termasuk kegiatan haram pelacuran.

Menariknya, skandal membabitkan selebriti terkenal tersebut turut mengheret beberapa selebriti terkenal yang lain.

Semenjak kes tersebut, beberapa selebriti yang disyaki terlibat turut mengambil sikap berdiam diri sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.

Sebelum ini, P Diddy juga pernah terlibat melakukan penderaan fizikal terhadap bekas pasangannya, Cassie Ventura.

Namun, kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan membayar jumlah yang tidak mahu didedahkan.

P Diddy kini ditahan di dalam penjara selepas tawaran peguamnya untuk dibebaskan dengan jaminan kira-kira RM230 juta ditolak oleh mahkamah.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

MUKAH – Kehadiran ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah pada Ahad membuktikan penganjuran Showcase Cats30 x Pesta Kaul Mukah berjaya mencapai matlamatnya dalam menyemarakkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026. Konsert…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang