
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menjemput orang ramai untuk memberi cadangan dan pendapat bagi Belanjawan 2025 yang dibuka sehingga 30 September ini.
Cadangan Kewangan 2025 yang berbaki seminggu lagi itu boleh diakses melalui pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ atau dengan mengimbas kod QR di bawah.

“Sukacita dimaklumkan Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia Madani sehingga 30 September 2024,” ujarnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Belanjawan 2025 kali ini bakal memfokuskan kepada kos sara hidup dan harga barang.
“Oleh itu, Belanjawan Madani 2025, akan cuba selesaikan sedaya upaya masalah harga barang dan kos sara hidup,” katanya.





