Orang Melayu lebih mudah murtadkan bangsa sendiri ketimbang bangsa lain

MINGGU ini dunia politik dihangatkan dengan buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh ‘Becoming Hannah’ yang dikatakan boleh murtadkan orang Melayu beragama Islam.

Melalui buku itu Hannah dikatakan sebagai pendakwah yang mahukan Malaysia ini dijadikan sebagai negara Kristian.

Buku itu dikatakan sangat bahaya dan boleh mempengaruhi umat Islam di negara ini apabila membacanya dan ini menyebabkan beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap Hannah.

Buku itu diterbitkan pada 2014 dan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan diulang cetak sebanyak 18 kali.

Pelik bukan buku seperti itu diulang cetak dan mengapa KDN tidak mengambil sebarang tindakan jika bertentangan undang-undang negara?

Selama buku itu ditulis ia membabitkan tiga Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengapa hari ini pembangkang menjadi hero cuba mengheret penulis buku itu ke pengadilan?

Persoalannya sekiranya Hannah dikatakan membahayakan kepada negara khususnya kepada umat Islam berapa ramaikah orang Melayu yang sudah beliau murtadkan?

Namun sehingga kini tiada sebarang angka dapat dibuktikan.

Sebenarnya orang Melayu lebih senang memurtadkan bangsanya sendiri. Orang Melayu adalah lebih bahaya jika dibandingkan bukan Melayu yang mengheret bangsa Hang Tuah ke arah murtad pada hari ini.

Orang Melayu yang berjubah dan berserban sangat mudah menyesatkan bangsa mereka sendiri dan ianya sudah banyak kali terbukti.

Ulama seperti ini boleh menyesatkan tanpa disedari malah mudah diterima terutamanya bagi mereka yang kurang berilmu dan mudah beremosi.

Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1980-an cukup sudah mengheret umat Melayu ke arah jalan yang menyesatkan apabila pelbagai fatwa dikeluarkan mempengaruhi Bani Melayu hinggalah timbulnya tragedi Memali.

Oleh itu tidak hairanlah Amanat Haji Hadi itu diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tetapi sehingga hari ini para penyokong tegar masih lagi menggigit fahaman itu sehingga sekarang.

Amanat Haji Hadi itu telah menyebabkan perpecahan yang amat besar dalam kalangan orang Melayu Islam akibat mempertahankan fahaman itu.

Berapa ramai suami isteri terpaksa akad nikah semula kerana dikatakan tidak sealiran?

Berapa ramaikah suami isteri telah bercerai-berai dan berapa banyak masjid yang terjadinya sembahyang dua imam.

Semua ini gara-gara Amanat Haji Hadi yang ditulis sendiri oleh Presiden Pas hari ini hingga boleh menjadikan institusi kekeluargaan menjadi ‘bubur asyura’.

Mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan Amanat Haji Hadi akan dilabelkan dengan gelaran kafir terutamanya kepada UMNO pada masa itu.

Tetapi bagi mereka yang sehaluan dengannya akan disucikan walaupun pernah dilabelkan kafir sebelum ini.

Pernah juga berlaku sebelum ini apabila seterunya melabelkan Pas sebagai parti ajaran sesat tetapi selepas berkawan musuhnya itu turut disucikan.

Begitu juga pebagai dalil dan dalih turut dikeluarkan yang banyak terseleweng dengan ajaran Islam tetapi para walaun tetap meletakkan bai’ah kepada Presiden mereka itu.

Terkini tabung jihad yang diperlukan untuk seorang Ahli Parlimennya untuk membayar saman telah dihalalkan sedangkan terang lagi bersuluh kesalahannya itu menfitnah yang dikatakan lagi buruk daripada membunuh.

Demikianlah mainan yang dikatakan ulama Melayu hari ini yang mudah memesongkan pemikiran dan akidah bangsanya sendiri hingga boleh menjerumuskan ke arah kesesatan jika dibandingkan dengan pendakwah bukan Melayu.

Selepas buku ‘Becoming Hannah’ meletup di pasaran seperti buku ‘The Malay Dilemma’ yang pernah diharamkan suatu masa dahulu kini penulis sedang menunggu pula buku ‘Becoming Siti Mastura’ pasti meledak di pasaran.

Related Posts

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16