Orang awam berkas peragut di pasar pagi

KANGAR – Tindakan pantas orang awam berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg silang milik seorang wanita di parkir pasar pagi Medan Mahkota, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika mangsa wanita berusia 49 tahun berada berhampiran tandas awam pasar tersebut.

“Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar dan menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada pasukan peronda bermotosikal yang tiba tidak lama kemudian.

“Suspek berusia 37 tahun itu dipercayai meragut beg silang milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM1,000, AS$250 dan 10,570 Baht Thailand,” katanya.

Menurut Yusharifuddin, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku melakukan perbuatan itu kerana terdesak memerlukan wang.

“Rampasan yang dibuat termasuk sebilah pisau, telefon bimbit jenama Nokia, dompet, anak kunci motosikal dan sehelai seluar panjang.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kangar pada esok,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada di tempat awam dan menyalurkan maklumat sekiranya menyaksikan sebarang aktiviti mencurigakan.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global