Ora Et Labora Run kembali, sasar 1,500 peserta

KUCHING – Acara larian tahunan Ora Et Labora Run anjuran Old Josephians’ Association (OJA) Kuching kembali untuk edisi kelapan pada 4 Oktober ini dengan tema Back to School!

Difahamkan, acara larian tersebut akan bermula di perkarangan SMK St. Joseph, Kuching seawal jam 6 pagi.

Presiden OJA yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, berkata acara itu bukan sekadar menghimpunkan bekas pelajar dan keluarga tetapi turut disertai pelajar semasa daripada semua sekolah di bawah keluarga St. Joseph.

“Selain mengeratkan hubungan antara warga sekolah, program ini juga membantu mengumpul dana bagi menyokong aktiviti kokurikulum dan memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti perniagaan kecil,” katanya semasa pelancaran acara berkenaan.

Menurutnya, tahun lalu acara itu menarik lebih 1,400 peserta dan kali ini pihak penganjur menyasarkan lebih 1,500 penyertaan.

Tambah beliau, pihak sekolah juga sedang giat mengumpul dana sebanyak RM2 juta bagi Fasa Pertama Pelan Induk SMK St. Joseph untuk membina kemudahan pembelajaran baharu yang lebih selesa dan kondusif.

Majlis pelancaran turut dihadiri ahli jawatankuasa OJA, Lembaga Pengurusan SMK St. Joseph, wakil sekolah serta syarikat pengurusan acara Revolution Run dan Kuching Happy Running Club.

Tiga kategori ditawarkan iaitu iaitu kategori 1.4km Walk untuk keluarga dan kanak-kanak, kategori 5km Fun Run dan kategori 10km Race yang menawarkan hadiah wang tunai kepada 10 pelari terbaik.

Selain itu, yuran penyertaan adalah RM55 bagi kategori 1.4km dan 5km, manakala RM65 untuk 10km. 

Menariknya, eserta yang mendaftar akan menerima baju larian dan nombor bib, serta pingat penamat.

Orang ramai boleh mendaftar di Revolution Run Borneo, Green Heights atau secara dalam talian melalui laman www.malaysiarunner.com. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman rasmi OJA www.sjoba.org.my atau Facebook rasmi mereka.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam