Ops DAD: 3 lelaki warga asing ditahan terlibat sabung ayam

PENAMPANG – Polis menahan tiga warganegara asing berusia antara 48 sehingga 55 tahun kerana terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam di Kampung Tunoh di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, mereka ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian  Siasatan Jenayah (BSJ) yang melakukan operasi pada pukul 5 petang, kelmarin.

“Dalam operasi tersebut pihak polis merampas empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, dua unit sangkar serta wang tunai RM604.

“Kesemua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan denda atau penjara,” katanya di sini, pada Jumaat.

Beliau menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat yang berkaitan kegiatan jenayah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terjamin.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027