OPR mungkin naik tahun depan

PUTRAJAYA – Kadar Dasar Semalaman (OPR) berkemungkinan akan disemak semula meningkat tahun depan susulan rancangan kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang boleh mencetuskan pusingan baharu tekanan inflasi.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2024 pada 6 November ini akan menjadi titik penting penetapan kadar faedah di Malaysia.

Katanya, jangkaan umum dalam kalangan pakar ekonomi ialah BNM akan mengekalkan OPR pada 3.0 peratus, terutama memandangkan kadar inflasi yang terus rendah, kekal di bawah 2.0 peratus sepanjang tahun.

“Tempoh inflasi yang rendah ini mencerminkan kejayaan langkah-langkah monetari yang telah diambil sebelum ini serta kestabilan harga barangan di pasaran luar.

“Namun, keadaan pada 2025 berkemungkinan mencetuskan semakan semula dasar monetari. Rancangan kerajaan untuk menumpukan subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 boleh menyebabkan tekanan inflasi.

“Rasionalisasi subsidi dijangka meningkatkan kos bahan api, komponen penting dalam kos pengangkutan dan pengeluaran. Kenaikan harga bahan api boleh memberi kesan menyeluruh kepada harga barangan dan perkhidmatan, yang berpotensi menyebabkan inflasi meningkat secara keseluruhan,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Mohamad Khair berkata, BNM perlu mengimbangi objektif menyokong pertumbuhan ekonomi dengan keperluan untuk mengawal inflasi.

Katanya, kadar inflasi yang rendah tahun ini membolehkan BNM mengekalkan dasar monetari yang lebih neutral, tetapi sebarang perubahan kepada subsidi bahan api berisiko mencetuskan kesan inflasi pusingan kedua.

“Risiko ini timbul apabila perniagaan dan pengguna mula menjangka kenaikan harga yang berterusan, lalu meningkatkan kos atau perbelanjaan lebih awal.

“Kenaikan harga yang diakibatkan oleh perubahan dalam subsidi tidak boleh dipandang ringan, terutama apabila ia boleh menjejaskan kestabilan harga.

“Kesan psikologi daripada perubahan dasar yang memberi tekanan kepada harga boleh menjejaskan keyakinan perniagaan dan pengguna, yang akhirnya mempengaruhi aktiviti ekonomi.

“Dalam menghadapi potensi tekanan inflasii ni, BNM mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengetatkan dasar monetari, terutama jika jangkaan inflasi mula meningkat,” katanya.

Related Posts

AirBorneo lancar laman sesawang rasmi, boleh buat tempahan mulai 10 Disember

KUCHING – AirBorneo mengumumkan pelancaran rasmi laman web dan pusat panggilannya bermula 10 Disember 2025, sekali gus menandakan permulaan jualan tiket penerbangan susulan pengambilalihan MASwings yang dijadualkan berkuat kuasa hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarikat berpendapatan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada pelaksanaan e-invois
  • YnomYnom
  • December 6, 2025

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan untuk menaikkan had kelayakan pelaksanaan e-invois bagi syarikat daripada RM500,000 kepada RM1 juta, sekali gus memberi kelegaan kepada ribuan usahawan kecil dan sederhana di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam