Malaysia sedia jadi tuan rumah forum zakat, wakaf sedunia

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menjadi tuan rumah bagi Forum Zakat dan Wakaf Sedunia 2025 di Kuching, Sarawak, bagi menandakan pencapaian penting dalam memajukan kewangan sosial Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata seiring kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean tahun depan, forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.

Lokasi strategik di Kuching, berhampiran ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, turut membuka peluang memperkukuh kerjasama di seluruh rantau ini.

“Kuching sebagai pintu masuk ke Borneo, menawarkan suasana unik yang menggabungkan tradisi dan inovasi, sekali gus menampilkan pendekatan progresif Sarawak terhadap zakat dan wakaf,” katanya kepada Bernama.

Mohd Na’im menegaskan, forum itu berperanan penting sebagai organisasi global yang menyatukan pelbagai pihak berkepentingan berdedikasi terhadap prinsip zakat dan wakaf.

“Dengan bekerjasama bersama penggubal dasar, badan bukan kerajaan, ulama dan sektor swasta, kita dapat meningkatkan kesan forum ini serta menjadikan zakat dan wakaf sebagai elemen utama bagi pembangunan lestari dan perubahan sosial,” katanya.

Sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal zakat dan wakaf, Mohd Na’im akan mengarahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia bekerjasama erat dengan forum itu.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan agenda dan tema dipilih mampu memberi impak positif dalam pentadbiran zakat dan wakaf, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global.

“Kami ingin memastikan wakaf menjadi sumber ekonomi yang signifikan dan masyarakat Muslim, baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa memahami kepentingannya setara dengan zakat.

“Ini penting bagi mempromosikan kebajikan, keadilan, dan belas kasihan terhadap golongan yang memerlukan,” katanya.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy