Operasi SAR 7 hari di Sungai Ladang Sepagaya berakhir tanpa penemuan

SANDAKAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap seorang lelaki warga Filipina berusia 30 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Ladang Sepagaya sejak 1 Mei lalu ditamatkan secara rasmi pada 8 Mei.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, keputusan menamatkan operasi dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan pasukan, keadaan cuaca serta hasil pencarian selama tujuh hari.

“Operasi melibatkan pelbagai cawangan PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sukarelawan. 

“Kawasan pencarian meliputi darat dan sungai dalam radius lapan kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, pihak polis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan penghargaan kepada semua agensi serta individu yang terlibat dalam operasi tersebut.

Siasatan akan diteruskan sekiranya terdapat maklumat baharu yang boleh membantu dan orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Related Posts

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan di Pasar Basah Sibuga Batu 8 selepas tular aduan awam berhubung penjualan ikan busuk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi