Operasi Khazanah: Hidangan eksotik tenggiling di resort Semporna terbongkar

SEMPORNA – Kegiatan penyediaan hidangan makanan eksotik kepada pelancong melibatkan hidupan liar dilindungi iaitu tenggiling terbongkar selepas sebuah pusat pelancongan di sini, diserbu menerusi Operasi Khazanah, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, kejayaan itu hasil risikan dan serbuan Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Task Force Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak penguatkuasa menemui dan merampas seekor enggiling (manis javanica) hidup iaitu spesies hidupan liar Dilindungi Sepenuhnya.

“Turut ditemui beberapa hidangan yang dipercayai melibatkan hidupan liar yang dlindungi,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Tambah Mohd Soffian, tiga individu turut diambil tindakan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Tenggiling merupakan spesies Dilindungi Sepenuhnya di bawah Jadual I Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Tiada sebarang lesen atau permit dikeluarkan kepada mana-mana individu atau premis termasuk premis pelancongan untuk memiliki, menyimpan, menjual atau menyediakan spesies ini sebagai hidangan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000, tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang satu tahun serta tidak melebihi lima tahun,” ujarnya.

Tegas Mohd Soffian, JHL Sabah memandang serius sebarang aktiviti penyediaan hidupan liar dilindungi sebagai makanan eksotik kepada pelancong kerana amalan ini bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh menjejaskan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang bertanggungjawab.

Justeru, JHL memberi amaran keras bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan terhadap mana-mana premis pelancongan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan jenayah hidupan liar.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen