Operasi buru buaya di Sungai Limbang dilancar hingga 8 Mac

LIMBANG – Bimbang dengan keselamatan penduduk setempat, satu operasi memburu buaya di Lembangan Sungai Limbang sedang giat dilaksanakan bermula 23 Februari lalu hingga 8 Mac depan.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah proaktif itu diambil susulan peningkatan aduan serta kebimbangan orang awam berhubung kehadiran reptilia berkenaan di beberapa lokasi sekitar sungai terbabit.

Menurut SFC, antara kaedah yang digunakan dalam operasi berkenaan termasuklah teknik memancing dan pemasangan umpan, selain penggunaan senjata api sekiranya keadaan mendesak bagi melupuskan buaya yang dikenal pasti berbahaya.

“Operasi ini dilaksanakan bagi tujuan keselamatan dan pengawalan ancaman, termasuk tindakan pelupusan buaya yang dikenal pasti,” jelas kenyataan tersebut.

Difahamkan, operasi berkenaan turut merangkumi pemantauan berterusan di lokasi tumpuan utama penduduk seperti jeti, kawasan perumahan tebing sungai, serta laluan bot kecil.

Susulan itu, SFC menggesa semua ketua masyarakat dan ketua kaum untuk memanjangkan maklumat mengenai operasi tersebut kepada penduduk kampung agar sentiasa berwaspada.

Pada masa sama, orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan sebarang aktiviti di kawasan sungai buat sementara waktu dan menghentikan tabiat membuang sisa makanan ke dalam sungai yang boleh mengundang kehadiran sang bedal.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Ibu bapa juga perlu memastikan kanak-kanak sentiasa berada di bawah pengawasan.

“Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan buaya, sebaliknya segera lapor kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” tegas kenyataan itu lagi.

Related Posts

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP