
KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mencatatkan kadar penurunan kemalangan jalan raya.
Menurut kenyataan rasmi PDRM, pelaksanaan Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2 Februari lalu menunjukkan penurunan 17.3 peratus.
“Jumlah kemalangan maut juga menunjukkan penurunan secara drastik daripada tujuh kes hingga tiga kes.
Selain itu, PDRM Sarawak mengeluarkan 3,804 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Walaupun statistik menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya, pihak PDRM Sarawak tetap berusaha menurunkan kadar kemalangan.
“Hasil menunjukkan kadar penurunan jalan raya menunjukkan usaha kolektif PDRM selain pengguna jalan raya semakin peka dengan keselamatan di jalan raya.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak terlalu leka dan keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama.