Op Risi bukti Selangor serius tangani binaan haram di hutan

KUALA SELANGOR – Op Risi telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi membanteras pencerobohan dan pembinaan struktur tanpa kebenaran di kawasan itu.

Operasi bersepadu itu melibatkan tindakan terhadap sebuah kuil yang didirikan tanpa kebenaran dan dilaksanakan secara profesional selaras dengan undang-undang hutan negeri serta mengambil kira sensitiviti agama.

Penolong Pengarah Kanan JPNS, Mohd Shafie Mahamud berkata, pada peringkat awal pihak pengurusan kuil cuba mempertahankan struktur yang dibina dengan pelbagai alasan.

Bagaimanapun menurutnya, selepas penerangan dan rundingan dibuat, pihak terbabit akur terhadap peruntukan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan, lapor Media Selangor.

Mohd Shafie berkata, kerja-kerja pemindahan peralatan kuil serta berhala dilaksanakan secara cermat, selamat dan teratur tanpa sebarang kerosakan.

“Kita sudah berbincang dengan pihak kuil untuk pemilik pindahkan semua barang-barang. Dia setuju dan setelah dikosongkan baru kita robohkan struktur bangunan,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan berhemah itu membuktikan komitmen JPNS dalam menegakkan undang-undang sambil menghormati kepercayaan serta amalan agama pelbagai kaum.

Op Risi turut membabitkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa bagi memastikan operasi berjalan lancar serta mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

JPNS menegaskan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memelihara kelestarian hutan, mengawal pencerobohan serta memastikan pembangunan berlaku secara sah dan terancang demi kepentingan alam sekitar serta generasi akan datang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16