Op Lancar PDRM sempena Aidiladha hingga 9 Jun

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Lancar sempena sambutan Aidiladha, bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi itu bermula hari ini hingga 9 Jun membabitkan 1,858 pegawai dan anggota polis.

Beliau berkata, fokus utama operasi ialah memastikan aspek kelancaran aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, selain meminimumkan kes kemalangan.

“Op Lancar memfokus kawasan ‘hotspot’ yang dijangka berlaku kesesakan lalu lintas akibat pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan pulang selepas tamat musim perayaan nanti.

“Semua pegawai dan anggota JSPT akan diatur gerak secara holistik serta sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan di lebuh raya dan jalan persekutuan, negeri serta bandar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata, pengguna jalan raya juga diminta peka dengan informasi terkini mengenai aliran trafik, dalam media sosial rasmi JSPT untuk membantu mereka merancang perjalanan masing-masing.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan