Objek disangka bom di LTAB KKIA, rupanya alat permainan kanak-kanak

KOTA KINABALU – Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAB KKIA) kecoh seketika selepas penemuan satu objek menyerupai bom tangan di kawasan Balai Pelepasan Domestik/Antarabangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata selepas pemeriksaan Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPM), hasil siasatan mendapati objek tersebut bukan bahan letupan sebaliknya alat permainan kanak-kanak.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima satu laporan berhubung penemuan objek menyerupai bom tangan (hand grenade) di kawasan Balai Pelepasan Domestik/Antarabangsa (KKIA) pada jam lebih kurang 1.40 petang hari ini (Jumaat).

“Bertindak atas makluman yang diterima, Ketua Polis Balai LTAB KKIA bersama pasukan keselamatan segera menjalankan pemeriksaan di lokasi dan menemui satu objek berwarna hitam di atas tiang penghadang (railing) berhampiran pintu masuk balai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Menurutnya, kawalan keselamatan segera dilaksanakan di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah bersama seorang wanita telah meletakkan objek tersebut di lokasi sebelum beredar dari tempat kejadian,” jelasnya.

Susulan itu, Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diketuai oleh DSP John Batius dipanggil ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati objek berkenaan bukan bahan letupan, sebaliknya hanyalah alat permainan kanak-kanak,” katanya.

ACP Kasim turut menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan sebarang objek mencurigakan di tempat awam yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan