
JOHOR BAHRU – Jawatan Timbalan Presiden PKR kini sah menjadi milik Nurul Izzah Anwar.
Pengumuman itu dimaklumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh pada acara Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor di sini, sebentar tadi.
Kejayaan Nurul Izzah menyaksikan beliau memperoleh sokongan sebanyak 9,803 undi sekaligus menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Rafizi Ramli yang pernah menjawat jawatan sama sejak 2022.
Spekulasi tercetus selepas akar umbi mencadangkan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR sebelum ini untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden dan suasana menjadi panas apabila Nurul Izzah mengumumkan untuk mencalonkan diri menentang Rafizi.





