85 peratus penduduk pedalaman, luar bandar Sabah terima bantuan mahkamah bergerak

TAWAU – Program Mahkamah Bergerak berjaya memberi manfaat kepada lebih 85 peratus penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah yang berdepan masalah dokumentasi sekali gus memudahkan urusan mereka sejak pelancarannya, pada 2006.

Pegawai Operasi Mahkamah Bergerak Kota Kinabalu, Pitrus Lee berkata, sepanjang tempoh itu, pelaksanaan mahkamah begerak menjangkau sehingga lebih 90 lokasi seluruh negeri ini.

“Sebelum ini kita juga buat di Luasong, Paitan dan Kalabakan adalah untuk kali ketiga kita di kawasan ini.

“Antara isu utama yang kita nampak di lapangan adalah isu dokumentasi ‘endorsement’ sijil lahir lewat dan sijil perkahwinan tidak teratur khususnya apabila pasangan warga asing, status anak-anak itu meragukan.

“Sebab itu keperluan kita datang untuk memberi bantuan apa dokumen yang sepatutnya kerana kanak-kanak ini layak dan bapa mereka warganegara,” katanya kepada media selepas Taklimat Program Mahkamah Bergerak Peringkat P191 Kalabakan di Dewan Hotel Astana, di sini, pada Jumaat.

Perasmian taklimat itu disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Antara agensi yang memberi taklimat dihadiri pemimpin akar umbi Parlimen Kalabakan adalah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Jabatan Imigresen Malaysia Sabah (JIM) dan Jabatan Insolvensi Tawau.

Sementara itu, Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, taklimat itu memberi pendedahan secara jelas kepada pemimpin masyarakat dalam inisiatif memberi maklum balas kepada penduduk yang memerlukan akses kepada perkhidmatan agensi terlibat.

“Kita maklum, isu-isu yang timbul seperti masalah perkahwinan, masalah dokumentasi, lambat daftar kelahiran dan lain- lain semua ini boleh ditangani dengan baik sekiranya masyarakat faham peranan dan fungsi agensi-agensi yang terlibat.

“Oleh itu, kita beri kesempatan untuk ketua masyarakat ini secara jelas mendengar sendiri taklimat, peranan dan juga objektif agensi-agensi yang terlibat dalam mahkamah bergerak ini agar mereka beri penerangan di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap warga Kalabakan pada Sabtu merebut peluang ini bagi memastikan mereka yang mempunyai keraguan atau masalah dokumentasi boleh mendapatkan perkhidmatan secara terus.

“Mahkamah bergerak ini pada saya sangat penting agar penduduk tidak tercicir sehingga menyebabkan anak-anak mereka menghadapi masalah dokumen.

“Datangkah beramai-ramai ke Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan kerana di situ kita ada Jabatan Pendaftaran, Imigresen, Anak Negeri, JHEAINS dan lain-lain untuk membantu pemohon,” ujarnya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang