Nurul Izzah layak sambung obor perjuangan PKR – Kamil Munim

NURUL Izzah Anwar adalah individu yang selayaknya untuk menyambung obor perjuangan PKR.

Demikian kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, yang turut menyatakan keyakinan tinggi bahawa Nurul Izzah adalah calon terbaik untuk Timbalan Presiden PKR.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu juga berkata, selain bagi menjamin kelangsungan parti, Nurul Izzah juga mempunyai keupayaan menjambatani idealisme dengan tuntutan realiti politik semasa.

Ujarnya, tugas utama mana-mana pimpinan dan anggota betapa tradisi demokrasi di dalam parti telah melalui pelbagai fasa yang mematangkan.

“Merebut kuasa dalam gelanggang demokrasi adalah lumrah.

“Namun apa yang utama adalah bagaimana kuasa diterjemahkan demi rakyat.

“Justeru, dalam usaha kita mengolah amanah dan harapan rakyat saat ini, ketokohan dan karisma ternyata menjadi penyuntik kekuatan dan semangat baharu di kalangan pimpinan dan anggota,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Kamil turut mengulas, bahawa sejarah tidak mampu menafikan betapa ketokohan Nurul Izzah teruji dengan asakan sistem yang zalim di masa lalu.

Peristiwa itu, ujarnya, telah melonjak kepimpinan beliau ketika menjadi antara pengasas dan penggerak awal gerakan reformasi dan memastikan lahirnya Keadilan sebagai wadah untuk massa.

“Dengan nilai kepimpinan yang tegas dan unik, saya punyai harapan besar pada kepimpinan beliau dalam memungkinkan lakaran sejarah bangsa yang lebih terangkum dan berketrampilan.

“Masanya telah tiba. Bersatulah untuk REFORMASI,” kata Muhammad Kamil lagi.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan