GRS utamakan calon boleh menang tanpa kira parti – Hajiji

TUARAN – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentukan calon bertanding berdasarkan kebolehan untuk menang tanpa mengira belakang parti kata Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tengok keadaan, ini soal kalau kita letak calon, calon itu mesti adalah calon yang boleh menang.

“Kita tidak kira dari parti mana yang penting boleh menyumbang kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah. Itu saja.

“Jadi kalau kita pun minta kerusi tapi kita tidak boleh menang, susah juga jadi kita mesti menerima hakikat ini,” tegasnya ketika diminta mengulas sama ada akan memberi ruang kepada parti-parti yang tidak memiliki kerusi selama ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran bagi tahun 2025-2027, di sini pada Khamis.

Hajiji berkata, GRS setakat ini masih belum memuktamadkan agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya dan juga dengan rakan kerjasama kerajaan perpaduan, Pakatan Harapan (PH).

“Agihan kerusi di antara kita pun belum muktamad dan juga kerjasama agihan kerusi dengan PH itu pun belum lagi dimuktamadkan.

“Kalau pilihan raya sudah dekat atau sudah bubar, barulah kita boleh cakap dapat dimuktamadkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan presiden-presiden parti komponen dalam GRS pada Rabu, beliau menjelaskan perbincangan antara mereka sentiasa berjalan yang selalu membincangkan kepentingan gabungan.

“Mungkin orang melihat baru-baru ini ada sedikit, bukan juga ketegangan, berbalas pantun di antaranya tapi itu biasalah dalam politik.

“Tetapi demi kepentingan gabungan itu perkara begini kita anggap selesai perbezaan itu yang penting kita membuat sesuatu perancangan perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

“Insya-Allah GRS kerajaan yang ada pada hari ini akan diberi sekali lagi mandat oleh rakyat untuk memerintah,” jelasnya.

Related Posts

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan menjalankan pemeriksaan di Pasar Basah Sibuga Batu 8 selepas tular aduan awam berhubung penjualan ikan busuk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi