MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap agar Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan terus mara ke hadapan membela nasib dan kebajikan wartawan di negara ini.
Fahmi berkata demikian selepas meraikan majlis ulang tahun NUJ ke 62 tahun.
“Semoga NUJ terus maju, berkembang, dan menjadi wadah yang kukuh dalam memperjuangkan hak serta kepentingan wartawan.
“Pada masa sama, terus berperanan penting dalam membentuk landskap media yang lebih adil, bebas, dan beretika,” katanya.
Turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Untuk rekod, NUJ telah ditubuhkan pada 30 Ogos 1962.
Pada ketika ini NUJ mewakili lebih 1,400 wartawan media di Malaysia.
Keahlian NUJ terdiri daripada wartawan di syarikat komersial, televisyen, radio, pertubuhan filem, kerajaan luar negara di Semenanjung Malaysia.
NUJ mempunyai 8 cawangan di Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times, The Sun, STAR Publications, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Kwong Wah Yit Poh.








