Notis pengisytiharan kekosongan DUN Ayer Kuning telah diserah pada SPR – Zahid Hamidi

IPOH – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa notis pengisytiharan kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin.

Ujarnya, penyerahan tersebut dilakukan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Justeru itu, ia membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR menerima secara rasmi notis kekosongan kerusi tersebut.

Sehubungan itu, jelas beliau, satu perbincangan akan diadakan bersama kepimpinan sebelum pihak SPR mengadakan mesyuarat bagi menentukan hari penamaan calon serta hari pengundian.

“Tempoh untuk diadakan PRK ialah 60 hari dan kebetulan minggu depan puasa selepas itu hari raya. Jadi kita akan bincang dengan kepimpinan sebelum SPR mengadakan mesyuarat menentukan hari penamaan calon dan pengundian.

“Kebetulan Sidang DUN Perak juga akan diadakan pada 15 hingga 19 April ini.

“Jadi kita minta SPR untuk ambil maklum sebelum beri keputusan, tertakluk kepada perbincangan yang akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu di Desa Seri Ampang, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan persefahaman yang dibentuk dalam kerajaan Madani, UMNO akan meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN tersebut.

Ujarnya, perjanjian serta persefahaman antara parti-parti dalam kerajaan Madani, mana-mana kerusi dikosong atau menjadi kosong, parti yang memegang kerusi tersebut diberi semula peluang untuk bertanding.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan penyandang, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung di George Town, Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Ishsam yang pertama kali bertanding menang dengan memperolehi u dia 9,088 undi dengan majoriti 2,213 undi.

Beliau mengalahkan empat lagi saingan dari parti Amanah, Pas, PSM dan Parti Pejuang Tanah Air.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan