Nilai ringgit kukuh bantu stabilkan kos projek solar Babagon

KOTA KINABALU – Pengukuhan nilai ringgit Malaysia bantu menstabilkan kos bahan bagi projek tenaga solar di Sabah, sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap kenaikan harga bahan projek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang berkata, keadaan mata wang negara yang lebih kukuh memberi kelebihan kepada projek yang sedang dilaksanakan.

“Bagi projek solar terapung di Empangan Babagon serta projek solar di Sandakan, harga bahan dan komponen utama telah dikunci pada peringkat perolehan sebelum kerja pembinaan bermula.

“Kalau kita lihat kepada situasi semasa, ringgit Malaysia sekarang sedikit kuat. Jadi kalau itu dijadikan ukuran, saya rasa harga masih stabil dan projek boleh berjalan seperti dirancang.

“Bagi projek ini, kita sudah ‘lock’ harga pada peringkat perolehan sebelum ini, jadi kenaikan harga bahan tidak memberi kesan besar kepada projek yang sedang berjalan,” ujarnya kepada media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Jetama, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan projek solar terapung di Empangan Babagon, Naim berkata, projek itu kini berada pada peringkat awal pelaksanaan selepas dilancarkan bulan lalu.

“Setakat ini kemajuan mungkin sekitar lima peratus kerana projek baru sahaja dilancarkan bulan lepas.

“Sudah tentu tidak logik untuk mencapai kemajuan yang terlalu tinggi dalam tempoh singkat, namun kerja pembinaan sedang berjalan,” kongsinya.

Pada masa sama, projek solar di Sandakan turut dilaksanakan secara serentak dengan projek di Babagon.

Menurut Naim, kedua-dua projek tersebut disasarkan siap dalam tempoh kira-kira 12 bulan jika tiada halangan besar dalam proses pembinaan.

“Projek solar di Babagon dijangka menjana kapasiti kira-kira 13 megawatt (MW), manakala projek di Sandakan menghasilkan sekitar 15MW, menjadikan jumlah kapasiti keseluruhan sebanyak 28MW.

“Agihan bekalan elektrik daripada projek tersebut bergantung kepada penyelarasan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta ECOSS kerana Jetama berperanan sebagai pemaju dan penyedia perkhidmatan projek.

“Dalam pembinaan memang ada cabaran, tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan seperti yang disasarkan,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jetama, Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego.

Related Posts

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global