
BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara langsung meluluskan operasi ketenteraan ke atas dua kapal bulan lalu.
Kapal itu adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza membawa bantuan dan penyokong pro-Palestin, lapor CBS News.
Perkara itu disahkan sendiri oleh dua pegawai perisikan Amerika Syarikat.
Menurut laporan pada 8 dan 9 September lalu, pasukan Israel melancarkan dron dari sebuah kapal selam.
Selain itu, bahan pembakar juga dijatuhkan ke atas kapal yang berlabuh di luar pelabuhan Sidi Bou Said, Tunisia.
Serangan itu dipercayai menyebabkan kebakaran di atas kapal berkenaan.