Arab Saudi izin semua jenis visa tunai umrah

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan pemegang semua jenis visa boleh menunaikan umrah ketika berada di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu memaklumkan langkah terbabit adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi memudahkan prosedur jemaah umrah dan memperluas akses kepada perkhidmatan sistem Haji dan Umrah, demi menyokong objektif Wawasan Saudi 2030.

Menurut kementerian, visa itu termasuk visa lawatan peribadi dan keluarga, visa pelancong elektronik, visa transit, visa kerja dan pelbagai jenis visa lain.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa langkah itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memudahkan ketibaan umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah mereka dengan mudah dan tenang.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya baru-baru ini melancarkan platform digital “Nusuk Umrah” bagi memudahkan mereka yang ingin menunaikan umrah secara langsung, membolehkan pengguna memilih pakej sesuai serta mendapatkan permit umrah secara elektronik dengan mudah.

Platform digital bersepadu itu juga membolehkan pengguna menempah perkhidmatan dan menetapkan waktu dengan lebih fleksibel, menurut kementerian.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi