Nelayan Semporna terus dibela, MAFFI Sabah salur pelbagai bantuan

KOTA KINABALU – Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah terus komited dalam memperkasa komuniti nelayan negeri ini menerusi pelbagai bentuk bantuan dan insentif, termasuk kepada lebih 5,000 nelayan di daerah Semporna.

Pembantu Menterinya, Datuk Peto Galim berkata, insentif tersebut disalurkan melalui Jabatan Perikanan Sabah (DOF) tanpa mengira sama ada nelayan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) atau sebaliknya.

“Kementerian melalui DOF melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Setempat dan Program Bantuan Nelayan Pesisir Pantai bagi membantu golongan nelayan tempatan di seluruh negeri termasuklah di Semporna.

“Insentif yang diberikan di bawah program ini ialah enjin sangkut, kotak ikan berinsulasi, pukat, peralatan perikanan (mengikut keperluan), GPS dan bot gentian kaca berdasarkan keperluan semasa.

“Seramai enam nelayan telah menerima bantuan pada tahun 2024 dan dijangka sejumlah 12 nelayan akan menerima bantuan pada tahun ini,” katanya semasa menjawab soalan lisan daripada ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong, dalam persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Ke-16, di sini pada Selasa.

Selain itu, pelbagai insentif dan bantuan telah diterima oleh nelayan di Semporna seperti Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

Jelasnya, Ko-Nelayan turut menyediakan Program Skim Bantuan Nelayan (i-Nelayan) iaitu pembiayaan kewangan mikro kredit berupa enjin sangkut dan peralatan menangkap ikan dengan nilai kredit RM10,000.00 kepada komuniti nelayan berdasarkan kelayakan.

“Nelayan yang mengusahakan pemprosesan makanan berasaskan perikanan juga berkelayakan untuk memohon pembiayaan kewangan mikro kredit di bawah i-Hiliran sehingga RM100,000.

“Seramai lapan orang nelayan dari Semporna telah menerima insentif i-Nelayan sepanjang tahun 2024 hingga 2025 manakala seramai 13 orang pengusaha hiliran perikanan dari Semporna telah menjadi peserta i-Hiliran pada tahun 2024 hingga 2025,” jelasnya.

Tambahnya lagi, komuniti nelayan turut diberikan latihan dan penggunaan aplikasi dan peranti satelit Sabah Mobile Artisanal Remort Technology (e-SMART) untuk mengenal pasti lokasi menangkap ikan.

“Seramai lapan orang nelayan Semporna telah mengikut latihan tersebut dan menggunakan aplikasi e- SMART.

“Manakala 16 orang pengusaha hiliran dari Semporna telah membuka kedai maya platform e-dagang (e-KAN) Ko-Nelayan dengan jumlah jualan keseluruhan terkumpul sehingga bulan Mei 2025 sebanyak RM5,233,541.95,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga tidak terkecuali dalam memberi insentif serta bantuan kepada daerah itu.

Antara insentif yang diterima seperti Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) bernilai RM300 sebulan kepada 1,948 orang penerima berjumlah RM7,012,800.00, bantuan minyak bersubsidi diesel kepada 55 nelayan, 449 petrol kepada nelayan.

Insentif lain turut diterima bagi nelayan daerah semporna seperti Dana Nelayan, Bantuan Usahawan Industri Asas Tani (AT), Baik Pulih Rumah Nelayan, Insentif 10 Sen Per Kg (Ikan) , Insurans Nelayan dan Bantuan Touch Point.

Sebagai rekod, setakat tahun 2024, terdapat 26,682 orang nelayan di Sabah dan nelayan tertinggi seramai 5,158 yang merupakan nelayan dari daerah Semporna diikuti Sandakan, 4,158 dan Kudat seramai 3,096.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza