Negeri Kaya, Negeri Miskin: Propaganda murahan Pas terbongkar

APABILA wacana politik sudah tandus idea, maka muncullah propaganda murahan yang cuba menipu rakyat dengan perbandingan separuh masak.

Inilah yang berlaku apabila sebuah poster tular di media sosial kononnya mahu membandingkan Pulau Pinang sebagai ‘Negeri Kaya’ yang menaikkan cukai pintu, dengan Terengganu sebagai ‘Negeri Miskin’ yang memberi pengecualian cukai pintu kepada rakyat.

Hakikatnya, propaganda sebegini hanyalah cubaan mengelirukan rakyat dengan data lama, retorik manis dan tanpa sebarang asas kelestarian ekonomi.

Pulau Pinang: Negeri maju, hasil berkembang

Pulau Pinang mengumumkan pelarasan cukai pintu bermula 2026 – antara 29 peratus hingga 200 peratus – bukan kerana mahu menindas rakyat, tetapi kerana negeri itu sedang berkembang pesat.

Hasil cukai ini kembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan infrastruktur moden, pengangkutan awam, perumahan rakyat, taman hijau dan perkhidmatan berkualiti. Inilah tanda sebuah negeri yang punya kekuatan fiskal, daya saing global, dan berani melabur untuk masa depan rakyatnya.

Terengganu: Ehsan sementara, masalah kekal

Sebaliknya, dasar pengecualian cukai pintu Terengganu yang dijaja Pas sebenarnya diumumkan pada tahun 2018 – tujuh tahun lalu. Ia bukan lambang kekuatan negeri, tetapi tanda kelemahan hasil negeri.

Terengganu bergantung sepenuhnya kepada royalti minyak dan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Tanpa hasil sendiri, negeri itu tidak mampu menyediakan kemudahan awam, peluang pekerjaan dan pelaburan baharu.

Inilah hakikat sebuah negeri yang terikat dengan politik subsidi dan retorik agama, tetapi gagal menjamin kelestarian ekonomi jangka panjang.

Propaganda lama, retorik kosong

Membandingkan berita tahun 2018 dengan keputusan dasar tahun 2025 jelas menunjukkan betapa desperadonya Pas dalam mencipta naratif palsu.

Mereka mahu kelihatan prihatin, sedangkan realitinya negeri di bawah mereka ketinggalan dalam pembangunan, terpaksa mengemis projek dari Kerajaan Persekutuan, dan gagal membina asas ekonomi kukuh.

Kerajaan MADANI berusaha memastikan semua negeri, sama ada kaya atau miskin, terus maju dengan dasar berimbang: cukai digunakan untuk membina negara, bukan untuk mengisi tembolok elit politik.

Pulau Pinang membuktikan bahawa cukai adalah instrumen kemajuan. Terengganu pula hanyut dengan slogan kosong memberi gula-gula populis tetapi akhirnya rakyat terpaksa menanggung akibat bila pembangunan terhenti.

“Sebenornya molek negeri wat naik hasil, boleh buat sekoloh, spital, beri kerja ke rakyat ni dok lebong ke rakyat kabo tadok cukai tapi rakyat koho basak, bab lebong seroh ke set pioh lebai ning lah, cukai tanoh naik, air naik rakyat koho susoh, patut naik cukai rakyat koho senang.”

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Ringgit naik berbanding dolar AS pada dagangan awal Mei

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara