Nasib Putri Qisya terus mendapat perhatian, pastikan pendidikan dan masa depan terbela

KUBANG PASU: Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa kedua ibu bapa dan empat adik Putri Qisya Nur Izzat, 12, di Sungai Korok, Sabtu lalu terus mendapat simpati dan perhatian pelbagai pihak.

Sejak insiden itu, bukan sahaja saudara-mara dan warga sekolah, malah pemimpin masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menziarahi serta menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak berkenaan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari turut hadir menziarahi Putri Qisya dan menyampaikan sumbangan serta kata-kata semangat.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah berkata, kehadirannya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga itu.

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) agar aspek kesihatan mental Putri Qisya diberi perhatian khusus. Sesi kaunseling telah dimulakan dan saya difahamkan sesi susulan juga telah dijadualkan,” katanya selepas menziarahi Putri Qisya di Taman Sri Aman, di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Muda MADANI Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, insiden yang menimpa keluarga malang itu memberi kesan mendalam bukan hanya kepada Putri Qisya, bahkan masyarakat setempat.

“Kehadiran kami adalah untuk memberikan semangat dan sokongan moral kepada Putri Qisya. Kami berharap dia tabah dan tidak patah semangat berdepan ujian berat ini,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah bagi memastikan kelangsungan pendidikan kanak-kanak itu terbela.

“Saya beri jaminan, dengan kerjasama JPN Kedah, kita akan membantu Putri Qisya secara bulanan, khususnya dalam aspek pendidikan. Ini komitmen kita bersama,” katanya.

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung cadangan pembinaan pagar penghadang dan pemasangan lampu jalan di laluan itu, Zuraidi menyifatkannya sebagai langkah tepat dalam menangani isu keselamatan.

“Cadangan itu amat dialu-alukan kerana ia dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap risiko kemalangan yang sering dikaitkan dengan jalan tersebut,” ujarnya.

Sabtu lalu, misteri kehilangan enam beranak terjawab apabila mayat mereka ditemukan tita hari kemudian dalam kereta Proton Iswara yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Korok berhampiran Kampung Kemboja.

Kejadian itu meragut nyawa kedua ibu bapa Putri Qisya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat adiknya iaitu Putra Rayyan, 9; Hawa Adriana, 8; Annayla Humaira, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia