5 kru selamat, helikopter milik PDRM terlibat kemalangan

JOHOR BAHRU- Lima kru termasuk seorang juruterbang berdepan detik cemas apabila helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinaiki mereka terlibat kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini, pagi tadi.

Memetik kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter dikendalikan seorang juruterbang itu berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi dengan membawa empat penumpang.

“Semua lima mangsa diselamatkan Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Johor.

“Semua mangsa sudah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk penilaian dan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

CAAM berkata, siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Siasatan dijalankan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sehingga kini, media masih menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan pihak PDRM berkaitan insiden tersebut.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027