Naik taraf jeti nelayan, antara pembangunan diingati rakyat Pulau Pangkor

MANJUNG — Naik taraf jeti nelayan di Kampung Teluk Kecil menjadi antara legasi pembangunan paling diingati masyarakat pesisir pantai di Pulau Pangkor, di sini, hasil usaha Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sepanjang beliau berkhidmat di kawasan itu.

Walaupun pernah tewas dua kali dalam pilihan raya Parlimen Lumut, anak jati Pulau Pangkor yang mesra disapa Doc Zam itu terus dikenang sebagai tokoh yang banyak membawa pembangunan dan perubahan kepada Daerah Manjung serta Pulau Pangkor.

Seorang nelayan tempatan, Yusof Ghazali berkata, projek menaik taraf jeti di Kampung Teluk Kecil memberi manfaat besar kepada komuniti nelayan dan penduduk setempat.

“Dulu keadaan jeti agak kurang selesa, tetapi selepas dinaik taraf ia banyak memudahkan urusan nelayan dan orang kampung di sini,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Ujarnya, golongan nelayan antara komuniti yang diberi perhatian serius oleh Zambry sepanjang perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dari tahun 2004 hingga 2022.

“Pelbagai bantuan disalurkan termasuk bantuan sampan, enjin bot, pukat serta baik pulih rumah nelayan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat pesisir pantai di Pangkor dan kawasan sekitar,” ujar Yusof.

Selain itu, projek penempatan semula nelayan di Teluk Baharu dan Pasir Bogak yang melibatkan kira-kira 180 unit rumah turut dilaksanakan bagi menyediakan penempatan lebih selesa dan tersusun kepada keluarga nelayan.

Pulau Pangkor juga menerima pelbagai pembangunan infrastruktur termasuk penambahbaikan jalan raya, kemudahan awam dan fasiliti pelancongan yang membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Dalam aspek pendidikan dan pembangunan insan pula, pembinaan Maahad Tahfiz Al Bayt menjadi antara inisiatif penting yang memberi peluang pendidikan kepada anak-anak keluarga B40 selain melahirkan generasi muda yang seimbang dari sudut akademik dan agama.

Bagi komuniti pertahanan di Lumut, peruntukan menaik taraf Masjid An Nur TLDM serta pembinaan dewan di SMK Pangkalan TLDM turut menjadi antara sumbangan penting dalam memperkukuhkan kemudahan komuniti setempat.

Menurut Zambry, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat, perkara paling penting adalah terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Walaupun bukan lagi wakil rakyat, tetapi paling mustahak adalah kita memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Foto: FB Zambry Abd Kadir

Related Posts

LKIM perkasa nelayan Pengerang, salur bantuan dan peruntukan lebih RM800,000

PENGERANG – Seramai 33 nelayan di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pengerang menerima pelbagai bantuan peralatan menangkap ikan menerusi program Rahmah Mesra Madani anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Sarawak Delta UNESCO Global Geopark di DUN Sarawak tingkat kesedaran awam

KUCHING – Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (SDUGGp) mengambil inisiatif menganjurkan reruai pameran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula Khamis. Pameran sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKIM perkasa nelayan Pengerang, salur bantuan dan peruntukan lebih RM800,000

LKIM perkasa nelayan Pengerang, salur bantuan dan peruntukan lebih RM800,000

Pameran Sarawak Delta UNESCO Global Geopark di DUN Sarawak tingkat kesedaran awam

Pameran Sarawak Delta UNESCO Global Geopark di DUN Sarawak tingkat kesedaran awam

Naik taraf jeti nelayan, antara pembangunan diingati rakyat Pulau Pangkor

Naik taraf jeti nelayan, antara pembangunan diingati rakyat Pulau Pangkor

Sabah sambut baik sokongan berterusan Jepun sumbang van mesra OKU

Sabah sambut baik sokongan berterusan Jepun sumbang van mesra OKU

Dua wanita direman, mangsa dipukul dan dipaksa berbogel dalam kes samun

Dua wanita direman, mangsa dipukul dan dipaksa berbogel dalam kes samun

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi