Nahas Terowong Menora: Polis masih kesan pemilik kereta langgar ibu hamil, cari saksi dakwa barang kemas mangsa hilang

IPOH – Susulan insiden nahas kemalangan di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Selatan, berhampiran Terowong Menora, Ipoh pada 30 Mac lalu, polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya dengan kerjasama PLUS masih mengesan kenderaan berkenaan bagi siasatan lanjut termasuk dakwaan berlakunya kecurian barang kemas milik mangsa sewaktu kejadian yang tular di media sosial.

“Pihak polis dan PLUS masih berusaha mencari pemandu dipercayai bukanlah langgar lari, mungkin dia tidak sempat nak mengelak.

“Jadi, kita cuba mengesan nombor plat kenderaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan perkara itu masih dalam siasatan,” katanya.

Justeru, beliau juga berharap supaya pemandu kenderaan berkenaan tampil bagi membantu siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan apabila maklumat lengkap diperoleh.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis juga berusaha untuk menghubungi adik mangsa namun masih tidak menerima sebarang maklum balas berhubung dakwaan barangan milik mangsa hilang dalam kejadian itu.

“Kita berusaha menghubungi adik mangsa yang menularkan isu kehilangan (barang milik mangsa) tetapi tidak dijawab. Mesej pun tiada respons.

“Sehingga kini, tiada pihak yang tampil membuat aduan berkaitan kehilangan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke dalam longkang.

Akibat kemalangan itu, seorang wanita yang sedang hamil berusia 25 tahun (penumpang) mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 9 pagi, 31 Mac.

Manakala anak perempuan mereka berusia 2 tahun turut terkorban di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan pemandu (suami) mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kanan.

Ujarnya, polis turut menerima satu video tular di media sosial yang mendapati sebuah pacuan empat roda berwarna merah telah menggilis mangsa (wanita hamil) serta melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sehubungan itu, tambah Abang Zainal Abidin, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu termasuk rakaman kamera pemuka (dashcam) atau saksi awam diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-3728477.

Related Posts

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Yayasan Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

BETONG – Padah bergaduh menggunakan senjata tajam di tempat awam, seorang lelaki ditahan polis selepas video insiden itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh