NADI terima warga Perak daftar MyDigital ID

Oleh: Azlina Kamal

MYDIGITAL ID merupakan satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian. Ia berfungsi sebagai kad pengenalan untuk mengakses aplikasi kerajaan, perbankan dan juga perkhidmatan rasmi.

Kini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menerima banyak kunjungan bagi pendaftaran MyDigital ID.

Menurut seorang pengunjung yang baru selesai mendaftar MyDigital ID, beliau sebelum ini keliru dengan pelbagai maklumat tentang Digital ID tetapi setelah mendapatkan maklumat dari pengurus NADI beliau yakin dan percaya akan inisiatif ini kerana memudahkan beliau bagi menyemak terus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di aplikasi My GOV dan bantuan lain dari kerajaan. Malah pelbagai lagi maklumat mudah diakses tanpa perlu memuat turun pelbagai aplikasi lain.

Dari segi keselamatan, ID digital lebih terjamin kerana menggunakan kata laluan, pengesahan dua langkah atau cap jari untuk mengelak dari penipuan.

Warga Perak diingatkan, pendaftaran ID digital adalah penting agar dapat memastikan hanya orang sebenar yang boleh guna sesuatu perkhidmatan dan mengelakkan akaun palsu atau scammer.

Sebagai contoh sekiranya anda merupakan penjawat awam, anda wajib mempunyai ID digital apabila hendak menggunakan aplikasi MyHrmis, begitu juga sebagai orang awam untuk membuat urusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda perlu mempunyai ID digital agar urusan kaunter dapat dipercepatkan. Ini kerana anda boleh mengambil nombor giliran hanya terus dari aplikasi MyJPJ secara dalam talian.

Kesimpulannya, ID digital memudahkan, meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keselesaan perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.

Related Posts

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

LIMBANG – Program Berkarih Kami Masuk Kampung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang dilihat sebagai platform penting dalam menyemai budaya integriti dan membanteras…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengamalkan pendekatan model pertumbuhan seimbang dalam menangani isu alam sekitar dan pembangunan negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah tidak mahu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban