
KERAJAAN telah menambah baik Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar untuk membantu rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Program ini bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan selaras dengan prinsip kesaksamaan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Tahukah anda apa itu sistem MyKasih, bagaimana cara untuk mendaftar atau memohon, dan bagaimana ia berfungsi?
Apakah MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation adalahsebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean, dengan misi membantu keluarga berpendapatan rendah dan pelajar kurang berkemampuan.
Antara program utama MyKasih ialah:
- ‘Love My Neighbourhood’ – bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan
- ‘Love My School’ – program biasiswa untuk pelajar
Kedua-dua program ini menggunakan teknologi khas bagi menyalurkan bantuan secara tanpa tunai kepada penerima yang disasarkan.
Agihan bantuan dilakukan melalui MyKad (kad pengenalan cip) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan disalurkan secara cekap, telus dan selamat – tanpa berlaku ketirisan.
Sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih ini telah digunakan oleh pelbagai pihak termasuk kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat dan syarikat swasta dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Selain bantuan makanan dan biasiswa, MyKasih turut bekerjasama dengan badan kesihatan dan organisasi sosial untuk menyediakan:
- saringan kesihatan dan pemeriksaan mata
- latihan kemahiran dan keusahawanan
- bantuan pendidikan untuk kanak-kanak dan komuniti
Setiap keluarga yang dipilih oleh penderma akan mencalonkan penerima, dan butiran MyKad penerima ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem untuk menerima bantuan secara ‘cashless’.
Penerima bantuan makanan akan menerima elaun bulanan yang boleh digunakan melalui MyKad atau kad MyKasih di kedai runcit terpilih.
Kini, MyKasih mempunyai lebih 250 rakan runcit di seluruh negara, antaranya:
Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus’s serta pelbagai pasar raya dan pasar mini bebas.
Pengenalan Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2025)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tambahan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih.
Mulai tahun 2025, pelaksanaan SARA telah ditambah baik dengan jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM2,100, disalurkan secara pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM50, RM100, atau RM200 sebulan, bergantung kepada kategori kelayakan penerima.
SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) SECARA MYKAD DIPERLUASKAN KE SABAH DAN SARAWAK


Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2025
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & eKasih :
- Isi Rumah – RM2100 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM200 sebulan *April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM150 sebulan *April – Disember)
- Bujang – RM600 (RM50 sebulan *Januari – Disember)
- Kategori Penerima STR sahaja :
- Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan *April – Disember)
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan *April – Disember)

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Mulai 1 April 2025 (Selasa), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program ini akan diperluas kepada 5.4 juta penerima yang layak, dengan jumlah bantuan sehingga RM2,100 seorang sepanjang tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Setiap penerima akan menerima bantuan RM200 sebulan dari April hingga Disember 2025 melalui sistem MyKasih.

Bantuan MyKasih / SARA bagi tahun 2025 akan dikreditkan mengikut jadual seperti berikut:

Cara Semakan Status Kelayakan MyKasih 2025
i) SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH
Bagi penerima STR dan eKasih, anda boleh membuat semakan status melalui Portal MyKasih.
Sila rujuk caranya di bawah:
- Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Bagi penerima yang layak, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih untuk memudahkan anda memantau baki bayaran setiap bulan.
Berikut contoh paparan semakan status melalui aplikasi MyKasih :

Sila scan kod QR di bawah untuk muat tutun aplikasi tersebut.

i) SEMAKAN STATUS DI PORTAL STR
Selain membuat semakan di portal MyKasih, anda boleh semak status SARA anda di website Bantuan Hasil @ Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

Sila rujuk link berikut untuk semakan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
Kaedah Penyaluran Bantuan MyKasih 2025
Bagi tahun 2025, penyaluran SARA adalah melalui penggunaan MyKad di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.
Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai 2 kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)
Selepas anda didaftarkan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), satu akaun akan dibuka menggunakan MyKad anda dalam sistem MyKasih. Elaun bulanan anda akan dimasukkan ke dalam akaun ini.
Berapa bantuan yang anda dapat?
Setiap bulan, anda akan menerima RM50, RM100 atau RM200, bergantung kepada kelayakan, untuk membeli barangan keperluan asas.
Di mana boleh guna?
Anda boleh berbelanja di pasar raya atau kedai runcit terpilih yang menyertai program ini. Premis ini mempunyai sistem pembayaran MyKasih, dan anda hanya perlu imbas MyKad untuk membuat bayaran — tiada wang tunai diperlukan.
Pengesahan & Taklimat
Jika anda layak, MyKasih akan hantar SMS atau mesej WhatsApp kepada anda. Mesej itu akan mengesahkan status anda sebagai penerima dan memberitahu tarikh serta masa sesi taklimat yang akan diadakan di kedai runcit berhampiran.
Perlukan bantuan?
Tonton video panduan di YouTube atau rujuk nombor telefon yang disertakan dalam mesej MyKasih untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Senarai Barangan MYKasih 2025
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.
Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:


Tambahan Kategori Barangan Boleh Dibeli
Tahukah anda kini terdapat 14 kategori barangan yang boleh dibeli di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Ya, EMPAT BELAS kategori!
Kategori ini merangkumi barangan keperluan harian seperti:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan diri
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
- (Kategori terbaharu) Barangan Kebersihan Rumah
Mulai 1 Mei 2025, Barangan Kebersihan Rumah telah ditambah ke dalam senarai kategori SARA.
Antara contoh barangan dalam kategori ini termasuk:
- Sabun atau serbuk pencuci pakaian
- Cecair pencuci pinggan
- Pencuci lantai
Semua barangan ini boleh dibeli menggunakan elaun bulanan MyKad anda di kedai runcit atau pasar raya terpilih.

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Senarai Kedai Di Setiap Negeri / Daerah
Senarai kedai yang boleh dikunjungi di serata negeri dan daerah untuk anda menggunakan wang bantuan MyKasih boleh disemak melalui senarai berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Cara Semakan Baki MyKasih (Bantuan SARA 2025)
Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.
Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan portal rasmi MyKasih:
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus - Semakan resit pembelian:

Cara Daftar SARA 2025 / Permohonan MyKasih
Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman pautan berikut: e-Kasih 2025: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan
Maklumat Lanjut
- Talian hotline My kasih 03-77201800
- Muat turun aplikasi : https://my kasih.com.my/my kasih-app/
- E-mel : info@mykasih.com





