MyGENOM Zon Sarawak perkukuh sistem kesihatan negara

MIRI – Majlis Pelancaran Pengumpulan Data Penyelidikan MyGENOM Zon Sarawak yang berlangsung di Hotel Pullman dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada Isnin.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membina pangkalan data genetik kebangsaan yang lebih menyeluruh dan mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia, sekali gus memperkukuh dasar serta sistem kesihatan negara.

“MyGENOM bukan sekadar projek penyelidikan, sebaliknya satu langkah strategik ke arah pembangunan perubatan dan kesihatan awam yang lebih mampan,” katanya dalam ucapan perasmian.

Menurut beliau, penggunaan data genetik tempatan akan membolehkan kerajaan merancang dasar kesihatan yang lebih tepat, menyeluruh dan berkesan untuk kesejahteraan rakyat.

Pemilihan Zon Sarawak sebagai lokasi pelaksanaan turut dihargai kerana negeri ini mempunyai kepelbagaian genetik dan etnik yang unik, menjadikannya penting dalam memastikan data yang dikumpulkan bersifat inklusif.

“Projek ini memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera Sarawak yang sebelum ini kurang diwakili dalam kajian genomik untuk turut serta. Ini penting bagi membentuk dasar kesihatan yang adil dan berdasarkan data sebenar,” tambahnya.

Lukanisman turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), agensi pelaksana, hospital-hospital terlibat serta komuniti tempatan atas sokongan mereka dalam menjayakan inisiatif ini.

Beliau optimis pelaksanaan projek MyGENOM akan membawa kepada pembentukan sistem kesihatan negara yang lebih responsif, berasaskan data dan berkeupayaan memenuhi keperluan kesihatan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan